Selasa, 3 Januari 2012

KRS N9 ahli pertama Geng Blogger KRS Malaysia

Terimakasih dan tahniah KRS N9 yang menjadi follower pertama Geng Blogger KRS Malaysia. Sokongan anda menguatkan semangat kami untuk terus menghimpunkan blogger-blogger KRS Malaysia. Anda boleh melayari Laman Blog KRS Negeri sembilan di http://www.krsn9.blogspot.com atau http://krsn9.weebly.com

Entri Pertama

SALAM 1 KRS, SALAM 1 MALAYSIA

Lewat entri pertama, saya ingin merakamkan selamat datang ke Laman Geng Blogger KRS Malaysia. Laman ini cuba mengumpul seberapa ramai blogger untuk turut bersama dalam himpunan blogger KRS dalam usaha bertukar-tukar pandangan, pendapat dan juga pengetahuan.

Selain itu, diharap laman ini dapat membantu rakan-rakan blogger yang baru untuk menjadi blogger KRS dengan memaparkan pelbagai idea agar dapat menjadi perkongsian bersama. Tidak kira anda otai atau newbies dalam dunia blogger, anda dijemput bersama kami dalam himpunan ini.

Anda boleh tinggalkan url blog anda bersama sedikit penerangan tentang blog anda dan jika boleg gambar profil anda untuk dipaparkan dalam blog ini dan ini membolehkan kami membina sebuah direktori yang mudah dicari oleh mana-mana blogger. Tiada bayaran dikenakan. Sertai juga Geng Blogger KRS di Facebook Geng Blogger KRS.

Selamat melayari dunia tanpa sempadan dan terima kasih atas sokongan anda.